Saturday, May 22, 2010

mengejar IMPIAN







Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Nampaknya ada seminggu lebih saja lagi utk saya tamatkan sesi 'PRACTICAL TRAINING' di Universiti Kuala Lumpur kampus MFI(malaysia france institute) yang terletak di Bangi ni.Lepas ni cuti sebulan dan kembali menyambung plajaran ke peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan industri -kos Kejuruteraan Kualiti.Kali ni masih di UNIKL cuma di kampus MITEC (malaysia industriAL technology),pasir gudang-JOHOR.


Jauh merantau di negeri orang bermula bulan mei 2009 hingga mac 2010 di Kulim,Kedah
( FOUNDATION IN ENGINEERING) telah membawa erti pada hidup ini.Sekurang2 nya saya sudah memiliki perspektif sendiri mengenai masa hadapan..Kali ini sy akan membawa cita2 dan harapan keluarga utk menyempurnakan 4 tahun tempoh utk buat ijazah di Johor.fuuh,jauhnye merantau( dari utara ke selatan pulak!)hehe.Apapun, sy dah bersedia menghadapi cabaran utk menjadi seorang 'engineer' berjaya!



Sesungguhnya pada diri kita ada satu sisi dimana kita perlu percaya bahawa utk menjadi hebat memang perlu bermula dengan ketidaksempurnaan kita..Sbb ketidaksempurnaan tu mengajar kita memperbaiki diri menjadi yang terbaik =)
knapa saya berkata begitu?Kerana..sy sendiri pernah jatuh kerana ketidaksempurnaan sy yang membuatkan sy merintih sendiri..."kenapa aku tak sebagus dia..knapa aku tak sehebat dia..knapa aku tak pandai mcm tu.." keluhan hanyalah keluhan sehinggalah sy mendapati kelemahan itu mmg sifat manusia tapi boleh diperbaiki!
DAN...

itulah yang menjadikan saya bangkit utk mengenggam harapan..
Berlari MENGEJAR IMPIAN....

No comments: