Saturday, February 18, 2012

Impian nak....

Assalamualaikum wbt kepada semua peminat blog saya (ececeh !) okay, sekarang ni saya nak kogsi sesuatu dengan anda. Saya sangat suka menyanyi..sejak dari kecil lagi. Pernah bercita2 untuk jadi penyanyi tetapi tidak kesampaian atas sebab tiada restu keluarga. mereka inginkan saya jadi seorang jurutera (engineer). kira okay la kan sebab sekarang memang 'on the track' nak jadi 'engineer'. Ape pun, minat menyanyi ni memang tak pernah padam. Kalau ada pun masa2 sakit tekak je! (ahahahahhaaa~~~) yela, suara pecah2, serak2 mana boleh nyanyi ! nanti ada orang sakit telinga :D 


cewaah ~ :)



'Genre' yang sinonim dengan saya adalah irama tradisional. Kenapa? x percaya? huhuhu..itulah hakikatnya. Saya pencinta irama tradisional. Bagi saya, budaya dan warisan kita tu tergambar bila kita menyanyi,menari dan bermain alat2 muzik tradisional.  kalau orang cina berbangga dengan tarian kipasnya, orang india dengan tariannya yang berwarna warni, kita pun kena la berbangga dengan warisan kita kan? 

  
comel je awek2 ni menari kan?


Bak kata Hang Tuah, 'tidak kan melayu hilang di dunia' . Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pun pernah cakap 'irama dan lagu xkan dapat dipisahkan' . Kesimpulannya, marilah kita sama2 mencintai budaya dan warisan kita melalui lagu2 melayu. Tiada yang lama, tiadalah yang baru~~ Dengar macam konservatif, tapi sebenarnya dari sinilah kita akan lebih menghargai kesenian dan warisan tinggalan nenek moyang. Sekurang2 nya, kita kenal apa itu zapin, keroncong, inang dan lain2 lagi. Kalau orang dulu2, asal ada sahaja majlis keramaian mestia akan buat persembahan. Tak percaya? ce tengok cerita P.Ramlee. Memang budaya kita orang melayu macam tu. Tapi tarian yang dipersembahkan berbentuk sopan dan tidak berlebih-lebihan. Saya sendiri sebelum bertudung macam ni memang menari lagu-lagu tradisional. 


Tajuk lagu: Tari tualang tiga
Penyanyi: Dato' Siti Nurhaliza

Harap2 semua terhibur tengok video ni.. 1 persembahan yang mengagumkan !


Lepas ni saya nak anjurkan program Cintai Budaya dan Warisan Kita untuk semua pelajar IPT. Semoga impian ni jadi kenyataan! Ameen.