Thursday, September 6, 2012

Berita Sensasi : Pijak Gambar & Tunjuk P***gung

Haihh. Teruk nya dunia hari ini. Takut aku. Kawan2 ada baca tak akhbar Berita Harian (6/09/2012) ?




Kenapa boleh terjadi hal-hal sebegini sedangkan kita telah merdeka selama 55 tahun? Perkara ini cukup bercanggah dengan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Bukankah kita dituntut untuk menghormati Amirul Mukminin (pemimpin) dalam kalangan kita? Perkara ini seharusnya tidak sama sekali berulang. 




Jagalah imej diri dan negara. Kita harus jadi golongan intelektual yang menyumbang kepada pembangunan negara dan dunia. Jika kita mahu dipandang mulia, hormatilah orang sekeliling kita juga. Insyaallah, Allah pasti membalas perbuatan baik kita dengan ganjaran yang lebih baik. 

Kawan-kawan, siapa pun jadi pemimpin kita hormatilah pendapat dan jasa mereka. Jangan sewenang-wenangnya kita mempertikai itu dan ini walhal diri masih belum menyumbang apa-apa kepada negara/agama/bangsa. Lainlah kalau pemimpin kita memang KEJAM dan ZALIM sehingga berlaku pertumpahan darah dan peperangan di sana sini.

Itu sahaja perkongsian dari hati saya. Terima kasih sudi membaca.

2 comments:

badrul hakim said...

memang biadap perbuatan ni. tetapi kenapa hanya memaparkan berita orang yang tunjuk punggung dan pijak gambar najib je, cerita mengenai orang yang kencing, pijak gambar ulama' dan pemimpin lain?? pemimpin zalim ni tak semestinya nak kena bunuh orang baru nak kata dia ni zalim. membebankan rakyat juga zalim, menyalah gunakan wang rakyat juga zalim, rahsuah juga zalim, walhal hisap rokok juga zalim terhadap diri sendiri. kita mesti tolak pemimpin yang zalim. pasti di akhirat nanti kita ditanya mengenai siapa pemimpin yang kita ikut. pemimpin yang mengutamakan islam atau pemimpin yang mengabaikan islam.

SITI KHADIJAH said...

Well, Badrul HAkim. Thank you so so much for reading my entry. Let me highlight again and again. It is MY VIEW. It doesnt mean it is MY POLITICAL VIEW too. You shouldn't blame me for writing this up. Niat saya hanya untuk berkongsi agar sesiapa sahaja tidak buat perbuatan yang sebegini. You really sound sarcasm. I think you word is too much. Again, it is NOT MY POLITICAL VIEW. It is just my Advice~ Thank you.