Saturday, July 7, 2012

Cantik

Assalamualaikum wbt.


Cuba tengok artis-artis di bawah ni : 

Heliza Helmi
Dato' Siti Nurhaliza
Wardina Safiyyah



Irma Hasmie

Subhanallah! Cantiknya :))
(cantik dengan hijab! sahabat2 perlu macam ni juga  ya!)

 Hari ini saya nak berbicara tentang cantik. Tuan-tuan,puan-puan,abang-abang,kakak-kakak, adik-adik sekalian. Apakah definisi cantik bagi anda...?

Saya suka berkongsi dengan anda kerana ini adalah satu platform untuk mendidik para sahabat dan adik-adik yang berada di luar sana. Cantik itu sebenarnya bergantung kepada Siapa orang yang memandang, Apa yang dipandang dan Dekat mana yang dipandang. YES! Kecantikan pada paras rupa seseorang memang selalu dipuja-puja. Kaum lelaki amat tertarik kepada wanita yang cantik. Ada yang sampai 'tak lepas pandang' apabila terlihat wanita yang cantik. Tak salah ye kalau kita kagumi seseorang kerana kecantikan dia, tetapi perlu kita ingat semuanya datang dari Allah SWT. Ucapkan 'Subhanallah' yang bermaksud 'Maha Suci Allah'.

Malah, hadis riwayat Muslim sendiri menyatakan bahawa

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.”

Para pembaca sekalian,
hadis dia atas jelas memperkatakan tentang betapa Allah sangat sukakan sesuatu yang cantik..Tetapi cantik di sini bukan semata-mata paras rupa seseorang. Kecantikan yang abadi itu terletak pada kemurnian hati seseorang. Mungkin kulitnya tidak seputih mutiara, tidak selicin kulit telur..Hidungnya tidak mancung macam orang Arab ataupun bibirnya tidak semerah delima. Tetapi apabila hati dia mulia..Contohnya seperti suka bersedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang susah..Subhanallah..Itulah kecantikan budi pekerti..'Kecantikan' yang boleh di bawa mati..


Mulai hari ini, ubahlah persepsi anda tentang kecantikan.. Apabila anda melihat seseorang (gadis) itu, lihatlah jauh ke dasar hatinya. Anda akan menemui sifat sebenar dia walaupun dia tidak secantik Miss Universe/ Miss World yang selalu tayang badan tu kan.


Pepatah arab ada menyebut :
الجمال بلا فضيلة كالزهرة بلا رائحة

Maksudnya : Kecantikan tanpa apa2 kelebihan umpama bunga tanpa bau.

Pepatah ni tuju pada perempuan yang cantik tapi tanpa budi bahasa yang cantik ianya tidak berfaedah /menghampakan orang lain seumpama bunga yang tidak berbau, walaupun indah dipandang tapi tiada guna.

Wahai wanita-wanita sekalian, janganlah merasa rendah diri jika anda tidak tergolong dalam golongan wanita yang cantik jelita. Bukankah cantik di mata Allah itu lebih utama? Ya, lebih utama. Marilah kita banyakkan solat sunat dan membaca Al-Quran yang sememangnya akan 'mencantikkan' lagi saham kita di akhirat :) Sesungguhnya orang yang beriman itu terdapat tanda-tanda yang jelas pada wajahnya. Contoh paling mudah, sejuk hati apabila memandang walaupun dia tak cantik mana. Sahabatku, Seandainya seseorang menyintai anda kerana paras rupa.., bukanlah cinta sejati namanya.

 Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.

Sila beri pendapat anda juga ya.

Entri ini adalah untuk contest yang telah dianjurkan oleh Forum CariCyber.com & Blog Cerita Dari Hati. Contest ini telah ditaja oleh : Internet Webhosting, HzTours, TopSite Lists Ranking, Nur Diana's Collections. Berminat untuk menjadi penaja? Sila hubungi penganjur melalui emel admin@caricyber.com

 

No comments: