Monday, November 28, 2011

business time !











Hi friends. here i am again. berbulan lamanya tidak meng'update' blog ini. heee. MISS U ALL!

Well, i would like to talk about business. I love doing business so much. Mungkin inilah sebabnya arwah mak bagi nama 'Siti Khadijah' . Thanks mak.. (Al-Fatihah). Seronok sangat bila buat business ni. Tapi banyak risiko. 9/ 10 rezeki dalam dunia ini datangnya daripada perniagaan. Ramai yang tahu, tetapi buat2 macam tak tau ataupun tak nak ambil tahu. Cuba lah ubah sikap tu. Jalan rezeki yang Allah beri terbentang luas. Carilah ia :) 

Hadis Rasullulah saw, Riwayat Tirmizi
“Ahli peniagaan yang jujur dan amanah akan di tempatkan berserta dengan para nabi, para saddiqin dan syuhadah" 




Rules in business (my version) :
1. Allah SWT
2. Family
3. Staff

Allah SWT
Rezeki itu datangnya dari Nya. Sesungguhnya bersyukurlah kita dengan setiap pemberiannya. Dalam surah An Nisa ayat 29 juga ada menyatakan kepentingan dalam berniaga. Ini bermaksud, perniagaan adalah digalakkan untuk umat Islam. Selain itu, kita juga mampu mengembangkan syiar Islam itu sendiri. Bukankah indah begitu kawan2? Bare in your mind that in business, the priority always comes to Allah. Apa pun jenis perniagaan, dan semestinya semua nak 'profit' betul? jadi letakkan Allah sebagai keutamaan. Maksudnya, setiap apa pun kita nak jual biar matlamat kita sampai kepada Allah. Mesti jujur dan ikhlas.

Family 
Family always comes first. Please remember this okay? Kita memang nak jadi popular, glamour sebab benda2 ni semua jambatan untuk perniagaan yang baik. BUT, if u tends to ignore this special group, believe me.. you would never success! Bayangkanlah betapa susah ibu kita nak melahirkan kita.. Ayah kita pula berhempas pulas cari rezeki. Bila dah kaya raya, mereka dilupakan. Kawan2, tolong jangan buat macam ni. Anak derhaka namanya. Ada juga sesetengah tu.. Nama dah meletup2. (kelas kau !) tapi... berkepit dengan perempuan sana-sini. Tinggal anak bini. lepas tu isteri masak sedap2 tak nak makan. yelah, LAUK  kat luar sedap2 kan. Ada pulak.. usahawan muda konon. Tapi duit habis kat GIRLS je memanjang. CLUBBING tak ingat akhirat. Dan macam2 maksiat lagila kan. haissshh. Haprak punya businessman. Tolong hargai apa yang Allah beri pada kita. Jangan sampai azab Allah datang baru terasa pedihnya. 

Staff
Staff @ kakitangan tempat kerja kita. Mereka lah 'kaki'. Mereka lah 'tangan' yang bekerja keras untuk membangunkan perniagaan kita. Jangan lupa, kita bukan beri makan pada mereka sahaja bahkan kepada seluruh tanggungan mereka. Jadi, carilah rezeki yang HALAL. Baru diberkati hidup ni. Kita boleh juga wujudkan 'Family Day' ke makan2 ke kan. barulah mereka rasa dihargai. "Treat people as what you wish to be treated". 

Ni contoh boss yang baik - 
Nama: Jenggo.(tengah2 pakai baju merah) .Dia boss baru. ohh, sebelum ni saya kerja tempat lain tapi dah tak kerja dah kat situ sebab...sebab tertentu. (personal) So, saje je nak share betapa kenyangya kami makan dekat Senibong Cove, Johor Bahru. Seronok ape tak seronok pulak dah yang belanja nye boss. hehehe. Thank you so much. Yang lain2 ni kira Staff dan ahli Kosiswa (M) Berhad. Ada yang dekat UniKL Mitec, ada yang dari UniKL City Campus. 

                            
 Kesimpulannya, jalankan perniagaan anda dengan penuh hemah supaya diberkati Allah. Sayangi keluarga dan hargai mereka. Jangan berlaku KEJAMdengan staff anda. hehehe.  Sekian, #Tips dari saya :)

No comments: